Sunday, March 13, 2011

Jangan berpantun macam saya


gambar tak ada kaitan ngan entry. saja nak tunjuk muka bajet lawa.
sila muntah sekarang okay T___T



Assalamualaikum wbt .


terbang sekawan burung kedidi
burung kedidi tebang sekawan
mana hendak mencari budi
bersamalah kita tetapkan iman

pantun pembuka entry kali ni. pantun tak jadi, btw aku cuba okay ? teringat masa sekolah menengah dulu ikut pertandingan pantun. orang buat pantun biarlah logik & berkualiti sikit pembayang nya. tapi aku buat pantun pembayang ntah hapa ntah.

pembayang yang atas tu pun dah tau dah pembayang pantun aku hancusss. hahaha.aku me mang tak ada talent langsung dalam berpantun neh. tak tau la kenapa boleh pulak aku join pertandingan tu. siap wakil bahagian lagi. dapat jugak pergi ke Limbang, Sarawak. hehehe ^___^

pergi ke hutan mencari rusa
rusa di cari patah kaki

gulpppp. dalam hati aku pun gelak bila buat pembayang tu. ni lah pembayang yang aku buat masa tengah bertanding tu. masa bertanding nak jawab pantun seminit je kot. biar ah kan ? lantak lah. korang gelak lantak korang. janji aku dah jawab pantun aku. hahhahha.

tapi ada jugak spesis manusia sekepala ngan aku neh. maksud aku, dia buat pembayang lebih kurang sama je macam aku. hahhaha

pergi ke pasar membeli dadih
dadih di beli dari pasar

alaaa. itu la seni nama nya. hahha. pusing kan balik ayat tu jadi ayat kedua. hahhaha. ( tak elok ikut perangai macam ni ) aku gelak masa dia tengah dok berpantun tu. ( jangan ikut perangai hantu neh T___T ) bila turn aku pulak, dia yang gelak. padan muka aku. hahhaha. tapi aku tak kesah pun. ( aku sendiri pun gelak )

duduk seorang tinggal di rumah
perut lapar tiada makanan
entry boring jangan lah marah
sedekah je lah senyuman ^__^

pantun tak jadi menjadi penutup entry kali yek. ampun maaf di pinta ye bagi sesiapa yang req tuto tu, ekinn tak buat masa terdekat ni. final exam dah dekat. lagi 2 minggu. lepas ni jarang update entry. okay, nak makan lah. laparrrr ^___^


Dah baca komen, malas komen, like kan ^__^

2 comments:

  1. hahaha.. :D
    syaz sememangnya x ade bakat dalam pantun2 ni..
    ngeh3.. :P

    wahh~ betol2 syaz punye final pon dah nak dekat dah ni..

    ReplyDelete
  2. syaz : betol3. tang tetibe masok betanding, haru lah jadinya. haha.

    sama lah. gudluck k !

    ReplyDelete

Komen lah kat sini :)

 
Paparan terbaik di Google Chrome. Template by Ekinn Zhareef