Wednesday, April 20, 2011

Berokband slow menghilangkan semangat berblog

Assalamualaikum wbt.

rindu nya nak hupdate blog setiap hari macam dulu. sejak beberapa minggu ni. berokband ekinn slow sangat-sangat macam siput jek. entah kenapa. bukan tak bayar bil tau ! ekinn guna berokband prepaid, bukan bil. 

senyum-senyum yer engkau berok ?

tersenyum berok pulak ekinn tengok muka berok nie. muka berok nie macam perli ekinn jek kan. sedangkan hati nih sungguh lara sebab tak boleh nak jaga & hupdate blog macam dulu

maafkan ekinn yer sebab tak boleh balas jejak korang, tak BW blog korang. rindu la nak BW & baca korang punya story. ye la, kita kena banyak membaca kan ? tak suka baca buku tak apa, baca blog pun banyak faedah nya. kalau pasal gosip takyah cakap la, blog lagi cepat dari media tv. satu lagi, pasal telur tiruan. ekinn dah lama baca kat blog siapa ntah*sorry, tak ingat , tapi sekarang baru heboh kat tv kan ?

 teringat pulak cik bambam, nur zaheera, cik ezy, cik memo, dan yang lain-lain yang selalu komen entry ekinn. ekinn hargai sangat-sangat.sebab ada jugak yang sudi baca & komen blog ekinn yang serba kekurangan ni.

dalam segi penulisan entry, ekinn memang tak reti sangat nak menghasilkan entry yang menarik. tapi kan kan, ekinn suka baca blog yuyu zulaikha. dia cerita pasal hidup dia. even cerita yang dia tulis tu cerita biasa, tapi gaya penulisan dia yang best. tak terlalu serius & ada jugak pengajaran yang dia selitkan . siapa yang tak kenal dia lagi? sila hentak kepala korang kat dinding sekarang. hehehehe.

okay dah dah. sekarang ekinn tengok spongebob. bubyeee. terima kasih sudi baca ^____^



Dah baca komen, malas komen, like kan ^__^

4 comments:

  1. heheheh.. tukau berokben tuh ek ekin.. :P kekekeke..

    ReplyDelete
  2. tu laa. rasa macam nak tuka digi b.band je :P

    ReplyDelete
  3. Broadband C**CO* Budak Chomot yang 5GB ni pun dah lambat, terkedek-kedek. Baru je seminggu dah cakap lebih limit. Sabo je lahhhh -____-

    ReplyDelete
  4. sole2. haha. sabo je la kan ? sma la kita cuna silikom. haha. jom tuka digi .

    ReplyDelete

Komen lah kat sini :)

 
Paparan terbaik di Google Chrome. Template by Ekinn Zhareef